Langkau ke kandungan utama

BERHATI HATILAH SEMASA MENGAMBIL ILMUNYA KERANA DIDALAM PENCARIAN BERBAGAI UJIAN DARI ALLAH,NILAIKAN DENGAN SEBUAH AQAL YANG CERDIK.

NAK DUNIA DENGAN ILMU,
NAK AKHIRAT DENGAN ILMU,
NAK ILMU JUGA DENGAN ILMU,


ILMU BISA BUAT KITA SESAT(TIDAK JUMPA JALAN YANG DIREDHAI)

ILMU BISA BUAT KITA TIDAK SESAT(JALAN YANG DIREDHAI)



PENGIKUT-PENGIKUT JALAN KEROHANIAN.

Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian
terbahagi kepada dua bahagian atau golongan.

Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis;
mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan
yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.
Mereka ikuti peraturan ini
dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan,
dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu
mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta.
Mereka beramal dan hidup
menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya,
bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka.

Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut.

Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang.
Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab,
yang lain akan menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga.
Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka
beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya
daripada dosa sebelum masuk syurga.
Tiada yang akan kekal di dalam neraka.
Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafik.

Golongan kedua terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bidaah.
Nabi s.a.w telah memberi peringatan,
“ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu,
seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bidaah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para sahabatku”.
Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian:
Hululiyya – percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik, samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Haliyya – mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam tindak tanduk mematuhi hukum agama.
Awliya’iyya – mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah dan mengatakan bila hamba hampir dengan Tuhan semua kewajipan agama terangkat daripada mereka. Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.
Syamuraniyya – percaya dunia ini kekal abadi, dan sesiapa yang mengucapkan perkataan abadi akan terlepas daripada tuntutan agama, lagi mereka tidak ada hukum halal dan haram. Mereka menggunakan alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak memisahkan lelaki dengan perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu. Mereka adalah kumpulan kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.
Hubiyya – mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak menutup kemaluan mereka.
Huriyya – seperti Haliyya, enggan menjerit, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
Ibahiyya – enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghukumkan haram sebagai halal. Mereka memahatkan pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki.
Mutakasiliyya – menjadikan prinsip kemalasan dan meminta sedekah dari rumah ke rumah sebagai cara mendapatkan keperluan harian mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.
Mutajahiliyya – berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman, “Jangan cenderung kepada yang berbuat dosa”. (Surah Hud, ayat 113). Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang cuba berlagak seperti satu kaum dia dianggap salah seorang dari mereka”.
Wafiqiyya – mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Kejahilan yang disengajakan membawa mereka kepada kemusnahan.
Ilhamiyya – berpegang dan mengharapkan kepada ilham, meninggalkan ilmu pengetahuan, melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka, dan fikiran puisi adalah Quran mereka. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi.
Pemimpin-pemimpin dan guru-guru dari kumpulan Sunni mengatakan para sahabat, dengan berkat kehadiran Rasulullah s.a.w di tengah-tengah mereka, berada dalam suasana zauk dan keghairahan kerohanian yang sangat tinggi. Pada zaman kemudian peringkat kerohanian yang demikian tidak tercapai lagi oleh orang ramai dan ia menjadi semakin hilang. Yang masih tinggal diturunkan kepada pewaris-pewaris kerohanian pada jalan kebenaran Ilahi, yang kemudiannya terbahagi kepada banyak cabang-cabang. Ia berpecah kepada terlalu banyak kumpulan sehingga kebijaksanaan dan tenaganya menjadi sangat berkurangan dan berselerak. Dalam banyak kes segala yang tinggal hanyalah rupa yang dibaluti oleh pakaian guru kerohanian tanpa sebarang makna, kekuatan dan tenaga di bawah pakaian tersebut. Walaupun dalam suasana kosong itu ia masih juga berpecah dan berganda, bertukar menjadi bidaah. Sebahagian menjadi Qalandari – peminta sedekah yang mengembara. Yang lain menjadi Haydari dan berpura-pura menjadi wira. Yang lain pula menamakan diri mereka Adhami dan berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang meninggalkan takhta kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.
Dalam zaman kita mereka yang mengikuti jalan kebenaran sesuai dengan hukum agama menjadi semakin berkurangan. Pengikut-pengikut yang benar pada jalan ini boleh dikenali melalui dua kenyataan. Pertama, kenyataan zahir, yang menunjukkan keadaan kehidupan harian mereka yang dibentengi oleh hukum dan amalan agama. Kedua kenyataan dalaman, contoh teladan yang si pencari itu ikuti dan lahirkan dan dengan apa yang dia dibimbingkan. Sesungguhnya tiada yang lain untuk diikuti melainkan Nabi Muhamamd s.a.w, yang menjadi teladan, yang pada satu masa dahulu baginda sendiri berada dalam suasana mencari dan kebenaranlah yang baginda cari. Tanpa ragu-ragu roh suci baginda sahaja yang menjadi perantaraan. Itulah undang-undang yang mesti dipatuhi oleh orang yang beriman bagi penerusan kehidupan agama dalam kehidupan. Cara lain, wali yang memiliki pesaka kerohanian Nabi s.a.w boleh memberkati si pencari dengan kewujudan kebendaannya. Sesungguhnya syaitan tidak boleh mengambil rupa Nabi s.a.w.
Waspadalah wahai pengembara pada jalan kerohanian, orang buta tidak boleh memimpin orang buta. Perhatian kamu mesti bersungguh-sungguh agar kamu dapat membezakan kebaikan yang paling kecil daripada kejahatan yang paling kecil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI JALAN YANG DIREDHAI ALLAH

AMALAN BUAT HIDUP BAHAGIA DAN  TENANG DENGAN BERIMAN DAN BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. BISMILLAH PEMBUKA BICARA DAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD BESERTA KELUARGANYA...SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN KE AKHIRAN KEHIDUPAN KITA.(SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN)AMIN YA RABBAL ALAMIN... 1)MEMBACA ALQURAN 2)BEZIKIR DENGAN ZIKIR HARIAN. 3)SENTIASA MENGINGATI DOSA KELMARIN/DOSA DAN NIAT YANG TAK BETUL HENDAKLAH DI PERBETULKAN KENIATAN YANG TERZAHIR DARI KATAAN YANG TERLAFAZ DI MULUT DI DENGARI MANUSIA LAIN CONTOH BERJANJI BERMACAM PEKARA KEPADA SI PENUNTUT JANJI DAN TIDAK TERLAKSANAKAN KERANA FAKTOR AKAN SESUATU HAL(KENIATAN JANJI DI SAKSIKAN ALLAH). 4)ZIKIR ISTIGHFAR MEMOHON KEAMPUNAN DI LAFAZ (AKHLAK ZAHIR) KATAAN DAN (AKHLAK ZAHIR) KE HATI (HATI YANG HIDUP DENGAN MENGIGATI ALLAH)SETIAP DETIK DAN MASA TIDAK KIRA DALAM KEADAAN APA PUN TIDAK MELUPAKAN. 5)SOLAT 5WAKTU SEHARI SEMALAM(TIANG AGAMA).SELAIN DARI SOLAT SUNNAT.

MEMAKAI TUDUNG YANG DI SYARIATKAN DI DALAM ISLAM

Memakai Tudung Mengikut Syariat Islam.Menutup aurat dari pemakaian jilbab(tudung kepala adalah pakaian menutup (rambut adalah aurat)(jilid 1) Asalamualaikum.... Bismillah.... Kewajiban dalam alquran baik yang berupa perintah dan larangannya bukanlah pilihan,seperti hanya kewajiban menutupi aurat,ini juga bukan pilihan hidup,tetapi wajib keatas ummatnya yang masuk ke alam baligh dan bertagungjawab keatas dirinya sendiri tanpa ikutan dan paksaan dirinya hanyalah kerana perintahnya. ****Dalam Alquran ayat Al a'raf ayat 26 Allah Azzawajalla berfirman:- "Hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan,Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka selalu ingat;" keterangan ayat:- pakaian takwa itu adalah yang mengikut akan perintahnya.# Memakai tudung yang disyariatkan didalam islam adalah yang dianjurkan didalam firmannya

KEREDHAAN ALLAH MEMBERKATI

Blog masakan ozielys Isnin, 11 Januari 2016 CINTA KEPADA MANUSIA. Kedudukan Orang Cinta Mencintai kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang keran