Iman.
Terkadang, diriku taksub beribadah.
Kusyuk sekusyuknya.
Iman.
Terkadang, diriku kosong.
Leka dalam beribadah.
Leka selekanya.
Iman.
Terkadang. Diriku hampir ke lembah hina.
daripada jahiliah aku jejaki jalan mujahadah.
Daripada mujahadah aku jejaki jalan jahiliah.
Iman.
Aku goyah.
Aku tak kuat.
Aku tak larat.
Aku hilang kudrat.
Iman.
Calitkan nur pada wajahku. Hatiku, diriku.
Agar, diri sentiasa merasakan syahdu bertamu di malam hari.
Iman.
Jangan pulang.
Jangan pulang sebelum aku habis berjuang.
Aku mahu bangkit berjuang.
Mardhatillah.
Bukan senang.
Aku cuba lawan hasutan.
Ya Allah.
teguhkan iman kami.
Allahumma Ahyina Bil Iman.
Allahumma Amitsna Bil Iman.
Allahumma'syurna Bil Iman.
Wa Adkhilna Jannata Ma'al Iman.
Ulasan
Catat Ulasan