Langkau ke kandungan utama

AKIBAT MEMBUAT FITNAH(DARI SUDUT PAHAMAN ISLAM)

*DOSA JARIAH* (berterusan sampai bila bila)......

Saya terbaca kisah seorang yg telah memfitnah seorang tuan guru...lalu dia menyesal dan bertemu dengan tuan guru tersebut dan ingin memohon maaf...lalu tuan guru itu berkata..." aku akan maafkan kamu dengan syarat...nanti bila kamu datang ke masjidku ini bawalah penyapu bulu ayam...dalam perjalanan kamu cabutlah bulu2 ayam itu sampai habis"...dia merasa pelik untuk apakah perbuatan itu...tapi dia tetap melakukan kerana niat nya yang ingin memohon maaf...lalu dia pun melakukan nya disepanjang perjalanan nye hinggalah sampai ke masjid...dia terus berjumpa dengan tuan guru tersebut...
"wahai tuan...saya telah buat seperti yang tuan suruh...sekarang hanya tinggal rotan saja...bulu2 ayam itu saya cabut dan buang sepanjang perjalanan ke mari tadi...apakah dengan ini tuan telah memaafkan saya"...lalu ulama itu berkata..."nanti bila kamu balik...kamu kutip kembali bulu2 ayam yang kamu buang tadi dan bawa padaku esok"...orang itu bertambah pelik...tadi suruh buang ni suruh ambil kembali... tapi kerana ingin kesalahan nya dimaafkan lalu dia lakukan juga permintaan tuan guru tersebut...keesokan hari nya...dia telah datang kembali berjumpa dengan tuan guru tersebut..."tuan saya telah cuba mengutip kembali bulu2 yang dibuang semalam...tetapi hanya mampu kutip 2-3 helai sahaja daripada bulu yang banyak yang saya buang semalam...semuanya telah diterbangkan angin entah kemana"...lalu tuan guru tersebut berkata..." *BEGITULAH DENGAN FITNAH* yang kamu lakukan padaku...orang yang mendengar akan menyebarkannya hingga entah kemana...jika kamu ingin menarik kembali kata2 atau tulisan kamu...tidak akan terdaya olehmu...ia nya telah tersebar...dan terus tersebar hinggakan kamu tidak akan tahu sejauh mana ianya tersebar...aku maafkan kamu...bertaubatlah...jangan lakukan lagi apa yang telah kamu lakukan"...

NAH.... itulah dosa yg jaariah...dosa fitnah yang terusan berjalan disaat ia tersebar...hingga tunggulah nanti akan bala nya didunia atau azab akhirat yang akan menimpa...pada si pelaku...berusahalah...temuilah kembali orang2 yang pernah kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah dan meminta maaf...

*#istiqamah*
*#hidayahmilikAllah*
*#mohonterasa*
*#jangansentappulak*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI JALAN YANG DIREDHAI ALLAH

AMALAN BUAT HIDUP BAHAGIA DAN  TENANG DENGAN BERIMAN DAN BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. BISMILLAH PEMBUKA BICARA DAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD BESERTA KELUARGANYA...SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN KE AKHIRAN KEHIDUPAN KITA.(SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN)AMIN YA RABBAL ALAMIN... 1)MEMBACA ALQURAN 2)BEZIKIR DENGAN ZIKIR HARIAN. 3)SENTIASA MENGINGATI DOSA KELMARIN/DOSA DAN NIAT YANG TAK BETUL HENDAKLAH DI PERBETULKAN KENIATAN YANG TERZAHIR DARI KATAAN YANG TERLAFAZ DI MULUT DI DENGARI MANUSIA LAIN CONTOH BERJANJI BERMACAM PEKARA KEPADA SI PENUNTUT JANJI DAN TIDAK TERLAKSANAKAN KERANA FAKTOR AKAN SESUATU HAL(KENIATAN JANJI DI SAKSIKAN ALLAH). 4)ZIKIR ISTIGHFAR MEMOHON KEAMPUNAN DI LAFAZ (AKHLAK ZAHIR) KATAAN DAN (AKHLAK ZAHIR) KE HATI (HATI YANG HIDUP DENGAN MENGIGATI ALLAH)SETIAP DETIK DAN MASA TIDAK KIRA DALAM KEADAAN APA PUN TIDAK MELUPAKAN. 5)SOLAT 5WAKTU SEHARI SEMALAM(TIANG AGAMA).SELAIN DARI SOLAT SUNNAT.

MEMAKAI TUDUNG YANG DI SYARIATKAN DI DALAM ISLAM

Memakai Tudung Mengikut Syariat Islam.Menutup aurat dari pemakaian jilbab(tudung kepala adalah pakaian menutup (rambut adalah aurat)(jilid 1) Asalamualaikum.... Bismillah.... Kewajiban dalam alquran baik yang berupa perintah dan larangannya bukanlah pilihan,seperti hanya kewajiban menutupi aurat,ini juga bukan pilihan hidup,tetapi wajib keatas ummatnya yang masuk ke alam baligh dan bertagungjawab keatas dirinya sendiri tanpa ikutan dan paksaan dirinya hanyalah kerana perintahnya. ****Dalam Alquran ayat Al a'raf ayat 26 Allah Azzawajalla berfirman:- "Hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan,Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka selalu ingat;" keterangan ayat:- pakaian takwa itu adalah yang mengikut akan perintahnya.# Memakai tudung yang disyariatkan didalam islam adalah yang dianjurkan didalam firmannya

KEREDHAAN ALLAH MEMBERKATI

Blog masakan ozielys Isnin, 11 Januari 2016 CINTA KEPADA MANUSIA. Kedudukan Orang Cinta Mencintai kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang keran