Langkau ke kandungan utama

BEBERAPA HAL YANG MEROSAKAN AKIDAH KANAK-KANAK(MEROSAK BANGSA UMAT ISLAM SEJAGATNYA)SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN???

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.
Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini.
Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.
Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan.
Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana.
Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat.
Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.
Suasana dan persekitaran sekolah juga menjadi penghalang kepada proses pendidikan. Sekolah yang bermatlamatkan kelulusan bersijil bagi tujuan ekonomi dan untuk mendapatkan pekerjaan tidak mencetuskan suasana yang sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam pendidikan yang bermatlamatkan kesejahteraan dunia dan Akhirat.
Suasana dan nilai kedua-dua ini sangat berbeza dan bertentangan di antara satu sama lain. Kalaupun ada mata-mata pelajaran yang bertujuan untuk mendidik seperti agama, moral dan sebagainya, ia disampaikan dalam bentuk ilmiah semata-mata seperti mana juga mata-mata pelajaran yang lain. Contohnya, pelajaran agama mengajarkan bahawa solat atau sembahyang itu wajib hukumnya.
Akan tetapi, pelaksanaannya tidak pula ditekan atau diberatkan oleh sekolah sama ada kepada guru mahupun kepada murid. Ikut suka masing-masing. Hendak sembahyang, sembahyanglah. Tak nak sembahyang pun tak apa. Kemudahan untuk bersembahyang pun tidak mencukupi dan masa untuk menunaikannya juga tidak dikhaskan. Begitulah juga halnya dengan hukum menutup aurat, pergaulan bebas lelaki perempuan dan berbagai-bagai lagi. Disiplin dan kaunseling di sekolah bolehlah dianggap sebagai usaha yang paling hampir kepada pendidikan.
Namun demikian, kedua-dua guru disiplin dan guru kaunseling hanya mengendalikan kes-kes murid yang sudah rosak. Mereka sebenarnya bukan mendidik tetapi membaik pulih. Pendidikan bukan baik pulih tetapi pembentukan akhlak dan peribadi yang bermula dari awal dan dilakukan secara berterusan. Guru disiplin dan guru kaunseling pula selalunya bukan guru darjah atau guru tingkatan bagi murid yang bermasalah tetapi guru yang khusus untuk tujuan itu.
Itu sebabnya usaha mereka kurang efektif kerana mereka tidak kenal secara mendalam murid bermasalah yang mereka kendalikan sama ada watak mereka, sifat mereka, apa yang mereka suka, apa yang mereka benci dan sebagainya. Kalau murid yang bermasalah tidak dikenali betul-betul sifat dan wataknya, tindakan disiplin dan kaunseling mungkin tidak tepat. Ini boleh menjadikan keadaan bertambah buruk dan counter productive.
Murid yang kuat perasaan dan kuat emosi contohnya, kalau dilayan dengan ugutan dan kekerasan, akan rosak dan patah jiwanya. Kalau dimanjakan, akan rosak juga. Sebaliknya, murid yang kuat jiwa yang menyimpan marah dan benci dalam hatinya, kalau dihukum dan disakitkan tanpa diberi kasih sayang akan berdendam sampai bila-bila. Api marahnya mungkin akan padam buat sementara waktu tetapi baranya akan terus menyala menunggu masa sahaja untuk marak semula dengan lebih ganas lagi.
Tambahan kepada keadaan di sekolah, ibu bapa di zaman ini pula umumnya sudah tidak lagi mendidik anak-anak mereka di rumah. Mungkin kerana mereka tidak mampu, tidak tahu bagaimana hendak mendidik atau ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal urusan dunia. Jadi, kebanyakan anak-anak di zaman ini sebenarnya tidak terdidik. Di rumah tidak, di sekolah pun tidak.
Rumah hanya jadi tempat penginapan dan sekolah hanya jadi tempat menimba ilmu dan kemahiran untuk kegunaan hidup dan keperluan ekonomi kerana itulah sebenarnya tujuan ilmu akademik. Ibu bapa harapkan pendidikan anak-anak kepada guru dan guru harapkan ibu bapa yang mendidik. Ibu bapa tak mampu. Guru pun tak mampu. Akhirnya tidak ada yang membimbing anak-anak dalam hal akidah, dalam hal keimanan dan ketaqwaan, dalam hal ibadah, dalam hal akhlak dan dalam hal hidup beragama.
Akhirnya, yang mendidik anak-anak ialah suasana dan persekitaran yang sudah nyata rosak. Agen-agen yang merosakkan suasana dan persekitaran ini lebih banyak dan ramai dari pihak-pihak dan penguasa yang mengawalnya. Bermacam-macam bentuk pengaruh liar, separuh lucah dan yang melalaikan disiarkan melalui media elektronik di kaca TV dan radio. Ini termasuklah muziknya, lagu-lagu pop, rock dan metalnya, berbagai-bagai drama, filem termasuk filem Hindustan dan drama-drama yang diimpot.
Program-program ini, walaupun sekali imbas nampak macam innocent tetapi mengandungi pengaruh negatif yang halus yang makan dalam dan boleh merosakkan jiwa, jati diri, pegangan dan nilai hidup para pelajar. Para pelajar nampak macam Islam, nama pun nama Islam, tetapi fikiran, hati, jiwa, citarasa, kecenderungan dan nilai hidup mereka sudah tidak Islamik. Mereka tidak kenal Islam. Jiwa mereka kosong dari keimanan dan ketuhanan.
Mereka ini akan mudah terpengaruh dengan hal-hal yang menyeleweng dan budaya-budaya yang boleh merosakkan akhlak dan tatasusila. Ini ditambah lagi dengan media cetak yang memaparkan berbagai unsur lucah dan separa lucah serta budaya-budaya tergeliat yang melibatkan artis, pelakon, pelawak, ahli sukan dan sebagainya. Mereka inilah yang jadi contoh, ikutan, idola dan role model bagi para pelajar.
Kalau golongan inilah yang dinobatkan sebagai role model dan yang sentiasa dicontohi, apa sangatlah yang hendak diharapkan dari para pelajar kita. Tak hairanlah kalau akhlak dan moral mereka runtuh. Mana perginya tokoh-tokoh seperti para Sahabat, Salehuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh dan beratus-ratus bahkan beribu-ribu lagi watak Islam yang lebih layak dicontohi di samping Rasulullah SAW sendiri. Tak cukup dengan itu, diadakan pula show dan pementasan secara live dengan muzik pop, rock, metal dan sebagainya. Tak cukup dengan artis tempatan diimpot pula artis dari luar negara. Micheal Jacksonlah, The Coorslah.
Semuanya datang untuk membuat kerosakan. Dan segala-galanya dipermudahkan untuk mereka malah diberi pula sokongan dari pihak atasan. Itu belum lagi internet di mana maksiat yang terkandung di dalamnya seperti laut yang tidak bertepi dengan unsur ganas dan unsur seks yang berbagai-bagai bentuk dan versi mengikut selera dan citarasa siapa sahaja yang meminatinya. Apa yang kita perkatakan setakat ini ialah perkara dan kegiatan yang ada permit, yang ada lesen yang sah dan yang dibenarkan. Yang tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara.
Itu pun sudah cukup merosakkan. Kita belum lagi memperkatakan tentang unsur dan pengaruh yang diharamkan dan yang tidak berlesen dan berpermit. Tentang VCD lucah yang dijual murah di merata-merata tempat termasuk di perkarangan sekolah. Tentang komik-komik lucah untuk tatapan kanak-kanak sekolah yang dibeli dengan duit belanja sekolah. Tentang dadah, pil-pil khayal dan berbagai-bagai lagi. Semua kegiatan yang haram ini menambahkan lagi kerosakan kepada kerosakan yang sudah tersedia tercetus oleh unsur dan pengaruh yang berlesen dan yang dibenarkan. Ke manakah hala tuju kita sekarang?
Golongan pelajar dan anak-anak muda kita sudah rosak kerana tidak ada yang mendidik mereka ke arah akhlak yang mulia dan cara hidup yang sihat. Di rumah mereka tidak dididik. Di sekolah juga mereka tidak dididik. Mereka terdedah pula kepada suasana dan persekitaran masyarakat yang sudah hancur dan punah ranah, yang hanya menjurus kepada berfoya-foya, berseronok-seronok, berlalai-lalai dan membuang-buang masa. Siapa yang mesti bertanggungjawab?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI JALAN YANG DIREDHAI ALLAH

AMALAN BUAT HIDUP BAHAGIA DAN  TENANG DENGAN BERIMAN DAN BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. BISMILLAH PEMBUKA BICARA DAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD BESERTA KELUARGANYA...SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN KE AKHIRAN KEHIDUPAN KITA.(SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN)AMIN YA RABBAL ALAMIN... 1)MEMBACA ALQURAN 2)BEZIKIR DENGAN ZIKIR HARIAN. 3)SENTIASA MENGINGATI DOSA KELMARIN/DOSA DAN NIAT YANG TAK BETUL HENDAKLAH DI PERBETULKAN KENIATAN YANG TERZAHIR DARI KATAAN YANG TERLAFAZ DI MULUT DI DENGARI MANUSIA LAIN CONTOH BERJANJI BERMACAM PEKARA KEPADA SI PENUNTUT JANJI DAN TIDAK TERLAKSANAKAN KERANA FAKTOR AKAN SESUATU HAL(KENIATAN JANJI DI SAKSIKAN ALLAH). 4)ZIKIR ISTIGHFAR MEMOHON KEAMPUNAN DI LAFAZ (AKHLAK ZAHIR) KATAAN DAN (AKHLAK ZAHIR) KE HATI (HATI YANG HIDUP DENGAN MENGIGATI ALLAH)SETIAP DETIK DAN MASA TIDAK KIRA DALAM KEADAAN APA PUN TIDAK MELUPAKAN. 5)SOLAT 5WAKTU SEHARI SEMALAM(TIANG AGAMA).SELAIN DARI SOLAT SUNNAT.

MEMAKAI TUDUNG YANG DI SYARIATKAN DI DALAM ISLAM

Memakai Tudung Mengikut Syariat Islam.Menutup aurat dari pemakaian jilbab(tudung kepala adalah pakaian menutup (rambut adalah aurat)(jilid 1) Asalamualaikum.... Bismillah.... Kewajiban dalam alquran baik yang berupa perintah dan larangannya bukanlah pilihan,seperti hanya kewajiban menutupi aurat,ini juga bukan pilihan hidup,tetapi wajib keatas ummatnya yang masuk ke alam baligh dan bertagungjawab keatas dirinya sendiri tanpa ikutan dan paksaan dirinya hanyalah kerana perintahnya. ****Dalam Alquran ayat Al a'raf ayat 26 Allah Azzawajalla berfirman:- "Hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan,Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka selalu ingat;" keterangan ayat:- pakaian takwa itu adalah yang mengikut akan perintahnya.# Memakai tudung yang disyariatkan didalam islam adalah yang dianjurkan didalam firmannya

KEREDHAAN ALLAH MEMBERKATI

Blog masakan ozielys Isnin, 11 Januari 2016 CINTA KEPADA MANUSIA. Kedudukan Orang Cinta Mencintai kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang keran