Langkau ke kandungan utama

AKHIR ZAMAN INI

Bismillah......

Asalamualaikum....

Pembuka tabir nukilannya...

Merungkap kisahnya disebalik kasih sayang dan cinta kepada manusia merungkap kata ,pena melangkah tiada gentar dan taranya mengenal erti dunia yang fana,berani kerana benar.

TAJUK>AKHIR ZAMAN INI

Akhir zaman manusia tiada lagi kenal atau mahu mengenali erti sebuah keikhlasan kepada diri sendiri,kepada manusia itu sendiri juga kepada peciptanya paling utama.

Menolong orang untuk kepentingan diri sendiri.

Memberi sesuatu inginkan balasan.

Bertindak dan bercakap mengikut hawa dan nafsu untuk kehendak diri sendiri. (tanpa menggunakan akal fikiran demi sebuah keutuhan dan kebaikan kepada manusia lain atau eratkan silaturrahim sesama insani)(kerana Allah)

Cinta berlandaskan nafsu semata,habis rasa cinta dicampak dibuang,cinta kepada manusia tiada berlandaskan kasih sayang untuk dunia dan akhirat hanyalah semata nafsu kepada kehendak serakahnya serta rasa nalurinya(perasaan hati sendiri)hendak memilikinya untuk diri sendiri(yang haq),tanpa letakan ( Allah yang haq) yang paling berhak atas setiap ummatnya...mulalah ambil keputusan mendadak hingga berlakunya sengketa didalam rumahtangga,adik beradik dan ipar duai tidak sefahaman juga memberikan infak kepada ummat islam sejagatnya serta perpecahan ummat islam seanteranya berperang, bergaduh sesama sendiri,mula timbul sifat riak,tqkkabur,bongkak,kejam,dan jika tidak tersedar pasti mengundang diri kepada seorang pembunuh kerana dendam kesumat timbul dalam hati kerana aggapan diri( yang haq) apa sahaja keputusan atas kehendak diri yang nyata dan tidak langsung memandang akan rabbnya(sang pecipta maha agungan)yang kita ini sentiasa diawasi oleh Allah azzawajalla.

Manusia zaman akhir ini...mencintai harus memiliki,bila(cinta dikhianati,ditolak dan tidak diterima lagi meningalkan rasa dendam dan benci)

Manusia akhir zaman ini...menyayagi harus diberi balasannya.(jika kasih sayang itu 10 adanya maka hanya 8 yang mampu diberikan kepada yang tersayang lalu dia mahukan kesepuluh itu maka 2nya lagi diungkit ungkitkan menjadi penyebab pegaduhan)sedangkan yang 2 kasih sayang laginya itu untuk diri sendiri,keluarga juga teman atau sahabatnya (kadang kala kita hendak bersendirian untuk memikirkan sesuatu atau pemasalahan untuk diri sendiri perlunya privacy dan tidak semua hal kita boleh dikongsikan bersama kawan ataupun keluarga kita sendiri dan adakala kita bersama keluarga dan bahagikan masa bersama kawan dan sahabat tanpa ada keluarga bersama tak semestinya semua perkara dilalui bersama dengan orang yang tersayang,manusia yang punyai sifat tamak dan tidak besyukur sehingga kadang topik ini agak biasa tapi mengundang hal yang tidak baik,seumpamanya selepas berkahwin semua kawan,sahabat juga keluarga diketepikan demi bersama kamana sahaja sehingga perkahwinan itu diaggap rumit dan terkongkong oleh kerana pasangan yang terlalu suka mengogkong kehidupan pasangannya.

Manusia akhir zaman ini.....menolak poligami sedangkan sakit yang dirasakan disebalik madu yang diberikan mendatangkan manfaatnya di akhirat kelak payung emas menunggu mu wahai isteri yang merasakan dirinya malang dimadukan suami yang layak(berpoligami)sedangkan sudah nyata dan terang lagikan bersuluh mengapa nafsu amarah dan sengketa yang dicari sedangkan Allah juga mengajarkan kita erti sebuah keredhaannya maka diuji berat tetapi ganjaran pahalanya menanti disyurgawi.mengapa menolak dan menutupi kebenaranya?tidak takutkah kita kepada murkanya sang pecipta sehingga ada yang menggunakan khidmat bomoh untuk merialisasikan impian hati suami yang dicintai tidak terlaksanakan hatinya menikahi lagi sedangkan layak berkemampuan memberikan nafkah zahirian dan batiniah,mensyirikan Allah dengan percaya kepada ubat guna guna dan semacamnya tidak cium bauan syurga,jangan kerana takut suami tidak adil yang hendak di utarakan kerana adil atau tidak itu antara sang pecipta,jika dia berkata mampu dan layak maka beserahlah pada tali Allah sepenuhnya panjatkan doa semoga hajat tecapai,sedangkan hidup kita selain contoh dari perkara ini semua perkara dalam kehidupan ini tergantung dari kehendaknya bukan?jika kita menghalang hajat suami juga bole menjebakkan diri si suami bermain kayu 2,3 dan 4 tanpa nikah mengundang dosa maksiat kepada suami juga tempiasnya pasti terkena diri sendiri kerana menghalangi suami yang mampu itu menikahi lagi?jika kita minta cerai disebabkan suami mahu menikah lagi juga kita dianggap berdosa.Buruk dan baik itu dari Allah maka yang buruk atau baiknya itu kita yang memilihnya.

Manusia akhir zaman ini...tiada lagi keikhlasan yang dahulunya ada sedikit rasa iklas itu boleh hilang kerana nafsu meruntun qolbunya(perasaan hati menguasai jiwa raganya)maka hilanglah segala keiklasan kepada Allah kerana tamaknya kita itu didunia bukan sahaja kepada harta benda sehinggakan rasa sayang dan cinta jadi taruhan semata untuk kehendak nafsu sendiri menjadikan hubungan itu berantakan semata kerana akan hal sekecilnya hingga ke besar tiada jalan penyelesaian kerana nafsu diawali akal....nafsu yang menjawab terlebih dahulu maka akal terguna disaat sudah tergadah tiada gunanya lagi.

Manusia zaman akhir ini...ingin berkahwin atau ingin memiliki manusia yang hadir untuk temannya atau sahabatnya hanya kerana cinta dan sayang kepada manusia yang diaggap sempurna sahaja sebelum terlihat ketidak sempurnaan manusia itu mulalah rasa cinta dan sayang itu terlontar jauh menjadi kebencian dan membusankan hingga tiada secebis sayang untuknya lagi Cintailah dan sayangilah manusia itu seadanya,terimalah kelebihannya juga kekuragannya yang terlihat dimata kasar jika harus ditunjuk ajarkan atau teguran yang boleh buat dia berubah tingkah laku tiada salahnya antara manusia kepada manusia bertegur sapa saling nasihat menasihati ini yang dituntut oleh Allah azzawajalla berbuat lah kebaikan dengan niat baik kerana Allah, kepada manusia sebanyaknya, berapa banyak pun kebaikan kepada manusia ternilai Allah kebaikannya dengan ikhlas berbuat baik di akhirat kelak.

Manusia akhir zaman ini... tidak memandangkan sayang dan cintanya mereka KERANA(ALLAH SWT)maka rasa takut dan rasa besalah pada Allah tiada mulalah masing masing menghambakan diri pada nafsu semata mengambil keputusan menggunakan perasaannya tanpa pikirkan keburukannya terlebih dahulu dari kebaikan sahaja yang dicari sedangkan buruk itu perlu diketahui sebelum datangnya sebuah kebaikannya yang kadang tidak terlintas dibenak akal di sebalik keburukan yang kita cari dahulu  maka kita akan terhindar dari terjebak dengan keburukan itu yang kita kadang tersalah sangka mengagap keburukan yang datang itu adalah kebaikan pada diri kita sendiri dan kebaikan itu dianggap keburukannya,buruk dan baik sesuatu kejadian apa pun perlu di ambil kira menggunakan akal terlebih dahulu lalu diselidiki sesuatu apa pun kejadian dan permasalahannya menggunakan akal fikiran yang tenang dan waras bukan mengambil tindakannya didalam amarahnya maka nafsulah yang menjawab disetiap lontaran kata dan keputusan yang dibuat mungkin mendatagkan penyesalan seumur hidup tiada berguna disesalikan jika tidak disedari dan diperbetulkan seadanya dan semampunya diri.

Manusia akhir zaman ini....Allah tidak memandangkan berapa banyak perubahan yang dilakukan dari keburukan diri kita,yang semampunya kita terus berusaha sehingga jayanya,adakala jatuh dan bangun semula untuk meneruskan usahanya merubahkan diri yang nyata(yang haq)diri dan kepada manusia juga maha penciptanya.

Allah memandangkan tulus ikhlasnya, usahanya, kita mahu untuk merubahkan diri yang jauh terpesong kepada hati yang asal, hati kita suci bersih semasa kita dilahirkan kedunia ini telah bertukar warnanya dimamah usia dengan berbagai liku kehidupan dan nodanya terpalit disitu, jangan biarkan sehingga kadang kadang menambahkan lagi kehitamannya jika diri masih mahu menolak kebenarannya yang hakiki.

Manusia akhir zaman ini.....tiada lagi hati yang tulus menyayangi hingga ke benak hati yang paling dalam(qolbu hati)hanya lah sebuah nukilan di kata zahirannya sahaja,walhal tanggugjawab manusia di dunia sementara ini hendaklah kasih mengasihi kepada manusia tiada membezakan kaum keturunan dan derajatnya dan hendaklah sayang menyayang diantara satu sama lain tanpa membencinya dan memusuhinya walaupun tidak bersama atau bersatu lagi berpisah jarak segunung dan seganang pun tetap ada sayang didalam hati dan mendoakan yang baik sahaja kepada mereka bukan di benci sehingga timbul amarah dan dendam kepada yang kita terlihat tidak sempurnanya mereka itu dimata kita belum tentu tidak sempurnanya mereka di mata Allah azzwwajalla..

Manusia akhir zaman ini... kadang kala manusia terlalu banyak perasagka didalam hatinya juga syak wasangka yang jelas terlihat penyebab berantakannya sesuatu hubungan kasih sayang itu dari manusia kepada manusia lain sebenarnya tiada masalah yang tak dapat diselesaikan melainkan dengan menggunakan akal yang terletak di otak dalam kepala manusia tercipta kepada kita akal manusia yang paling baik dan sempurna dari Allah ciptaannya yang paling sempurna yang jarang sekali ummatnya mahu menggunakannya.

Manusia akhir zaman ini...alangkah malangnya tanpa akal sesat di jalan yang benar sedangkan( DOA)itu di ibaratkan atau contohnya sebagai (senjata) kita untuk dunia dan akhirat memgapa pelurunya iaitu(AKAL) diabaikan tidak digunakan?bagaimana tanpa akal kita dapat selesaikan segala kesulitan hidup didunia ini jika hanya doa sahaja dipohonkan tanpa usaha apa pun dari akal bagaimana mahu selamatkan diri sendiri,teman,sahabat,kekasih dan keluarga kita sendiri untuk bersama berjalan dilandasannya yakni jalan yang( lurus)jalan yang diredhai Allah didunia sementara dan diakhirat yang nyata? Dengan doa yang tulus ikhlas kepada Allah lambat laun pastikan terkabul juga, dan akal yang digunakan in sha Allah boleh mengelakan diri dari tersalah langkah sehingga ummat nabi muhammad tidak lagi bersatu padu hingga keakhirnya tiada daya lagi hendak dikhabarkan hanya linangan airmata menjadi penyudahnya episod di dunia tiada taranya lagi mengundang nestapa hidup di akhirat kelak membinasakan diri sendiri tiada kesudahanya.

Manusia akhir zaman ini.....maka berhati hatilah bila menaburkan kata sayang dan cinta kepada manusia bukan sekadar di mulut sahaja hendaklah dihati juga fikiran dan perbuatannya berlandaskan Allah semata.

Manusia akhir zaman ini...Contoh yang biasa dilalui oleh masyarakat ,Anak terbiar tanpa kasih sayang bole menjerumuskan anak itu tanpa kita pernah pikirkan kelembah durjanaanya ia, oleh kita sendiri kerana penceraian contohnya.. ,bila sudah becerai ibu terpaksa mencari rezekinya dan kurang memberikan pehatian kepada anak tersebut dan bekas suami sibuk dengan isteri barunya atau sebaliknya isteri berkawin lain dan tepaksa akur dengan kehidupan dengan orang baru sehingga meletakkan jagaan anak sepenuh kepada bekas suami yang selama ini tugas menjaga anak tersebut dibahu isteri dan suami kebanyakan hanya mencari rezeki membuatkan anak tersebut tiada jagaan sempurna,juga meletakan anak tersebut kepada neneknya yang kadang anak tersebut sedikit pun tidak ditakuti amarahnya menyebabkan anak tersebut liar keluar rumah sesuka hati.

Akhir zaman ini...tiada lagi hati manusia yang simpati mahu menerima anak tiri mereka walhal mereka mencintai menyayangi ibu atau ayahnya sahaja tanpa pikir anak itu juga darah daging siapa?sepatutnya sayagi mereka sama tiada bezanya...sedangkan nabi itu amat menyayangi ummatnya tiada membezakan darjat dan keturunannya..

Manusia akhir zaman ini....betapa khilafnya kita sebagai manusia hanyalah semata nafsu berlandaskan sesuatu untuk kehendak diri yang nyata,hingga terdapat banyak hati-hati yang terluka akan diambil kira didepan sang peciptanya diakhirat kelak diperhitungkan,tanpa disedari juga sedari marilah bersama menuju ke arah kebaikan demi sebuah keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan dunia dan akhirat mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sekian sahaja serba sedikit nukilan dari saya kepada sahabat maya ini seorang pecinta Allah dan rassulnya...semoga menjadi ikhtibarnya bersama saya juga sahabat sekalian.

Semoga memberkati dunia dan akhirat

Warkah tanpa diundang

Wallahualam.

Asalamualaikum...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI JALAN YANG DIREDHAI ALLAH

AMALAN BUAT HIDUP BAHAGIA DAN  TENANG DENGAN BERIMAN DAN BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. BISMILLAH PEMBUKA BICARA DAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD BESERTA KELUARGANYA...SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN KE AKHIRAN KEHIDUPAN KITA.(SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN)AMIN YA RABBAL ALAMIN... 1)MEMBACA ALQURAN 2)BEZIKIR DENGAN ZIKIR HARIAN. 3)SENTIASA MENGINGATI DOSA KELMARIN/DOSA DAN NIAT YANG TAK BETUL HENDAKLAH DI PERBETULKAN KENIATAN YANG TERZAHIR DARI KATAAN YANG TERLAFAZ DI MULUT DI DENGARI MANUSIA LAIN CONTOH BERJANJI BERMACAM PEKARA KEPADA SI PENUNTUT JANJI DAN TIDAK TERLAKSANAKAN KERANA FAKTOR AKAN SESUATU HAL(KENIATAN JANJI DI SAKSIKAN ALLAH). 4)ZIKIR ISTIGHFAR MEMOHON KEAMPUNAN DI LAFAZ (AKHLAK ZAHIR) KATAAN DAN (AKHLAK ZAHIR) KE HATI (HATI YANG HIDUP DENGAN MENGIGATI ALLAH)SETIAP DETIK DAN MASA TIDAK KIRA DALAM KEADAAN APA PUN TIDAK MELUPAKAN. 5)SOLAT 5WAKTU SEHARI SEMALAM(TIANG AGAMA).SELAIN DARI SOLAT SUNNAT.

MEMAKAI TUDUNG YANG DI SYARIATKAN DI DALAM ISLAM

Memakai Tudung Mengikut Syariat Islam.Menutup aurat dari pemakaian jilbab(tudung kepala adalah pakaian menutup (rambut adalah aurat)(jilid 1) Asalamualaikum.... Bismillah.... Kewajiban dalam alquran baik yang berupa perintah dan larangannya bukanlah pilihan,seperti hanya kewajiban menutupi aurat,ini juga bukan pilihan hidup,tetapi wajib keatas ummatnya yang masuk ke alam baligh dan bertagungjawab keatas dirinya sendiri tanpa ikutan dan paksaan dirinya hanyalah kerana perintahnya. ****Dalam Alquran ayat Al a'raf ayat 26 Allah Azzawajalla berfirman:- "Hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan,Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka selalu ingat;" keterangan ayat:- pakaian takwa itu adalah yang mengikut akan perintahnya.# Memakai tudung yang disyariatkan didalam islam adalah yang dianjurkan didalam firmannya

KEREDHAAN ALLAH MEMBERKATI

Blog masakan ozielys Isnin, 11 Januari 2016 CINTA KEPADA MANUSIA. Kedudukan Orang Cinta Mencintai kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang keran